Sempena AGM PUSPANITA kali ke43, turut diadakan Majlis Makan Malam PUSPANITA Tahun 2025 di Grand Nexus Ballroom Connexion Conference & Event Centre (Nexus), Bangsar South, Kuala Lumpur pada 25 June 2025.
Bertemakan Pesona Puteri, Citra Tradisi, Majlis Makan Malam ini diadakan untuk meraikan ahli-ahli PUSPANITA dari seluruh negara
Tetamu kehormat pada majlis ini adalah YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA. Majlis ini turut dihadiri oleh TYDP I, Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari, barisan Ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA, Jawatakuasa Kerja Tertinggi PUSPANITA serta ahli-ahli PUSPANITA dari seluruh negara termasuk wakil dari PUSPANITA JANM.
PUSPANITA JANM menghantar wakil tunggal utk menyertai majlis makan malam kali ini..Puan Nor Akmalia selaku Biro Sosial memakai sepersalinan Puteri Tun Perak yg cantik utk digayakan pada malam tersebut.
Tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan bermacam persembahan yang menarik dan istimewa daripada kumpulan kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), kumpulan band daripada Jabatan Penjara, artis jemputan Haziq Rosebi serta finalis PUSPANITA Got Talent.
No comments:
Post a Comment