Follow Us @soratemplates

PuspanitaJANM. Powered by Blogger.

Saturday, September 13, 2025

Lawatan Semaian Kasih 4 September 2025

September 13, 2025 0 Comments

4 September 2025

Lawatan Semaian Kasih daripada PUSPANITA JANM diketuai oleh Pengerusi Puan Siti Jawiah Binti Asri sebagai tanda ucapan TAHNIAH atas pelantikan sebagai ANM yang baharu. Semoga terus cemerlang dalam perkhidmatan dan memberi sokongan dalam apa jua program PUSPANITA akan datang..

TAHNIAH Y.Brs. Puan Zainani Binti Jusoh




SALAM MAULIDUR RASUL 2025/1447H

September 13, 2025 0 Comments

SALAM MAULIDUR RASUL 2025/1447H

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
"Allahumma Solli 'Alaa Sayyidina Muhammad wa'ala ali Sayyidina Muhammad"

12 Rabiulawal adalah tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus mekar dalam diri. Aamin

SALAM MAULIDUR RASUL BUAT SEMUA

Daripada :
Pengerusi & Seluruh warga kerja PUSPANITA JANM



TAHNIAH : Pelantikan baru Akauntan Negara Malaysia & Timbalan Akauntan Negara (Korporat)

September 13, 2025 0 Comments

Pengerusi dan seluruh ahli PUSPANITA Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengucapkan setinggi-tinggi ucapan TAHNIAH kepada YBrs. Puan Zainani binti Jusoh atas pelantikan sebagai Akauntan Negara Malaysia berkuatkuasa 3 September 2025.

Juga diucapkan sekalung TAHNIAH kepada Tuan Haji Nasran Bin Omar atas pelantikan sebagai Timbalan Akauntan Negara (Korporat) juga berkuatkuasa pada 3 September 2025.
Syabas dan Selamat Menjalankan Tugas

PUSPANITA JANM

Selamat Hari Merdeka ke-68

September 13, 2025 0 Comments

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan memupuk semangat perpaduan, mengekalkan keamanan, dan memperkukuh jati diri bangsa.
Semoga negara kita terus maju, makmur, dan diberkati Allah SWT."
Daripada :
Puan Siti Jawiah Binti Asri
Pengerusi PUSPANITA JANM
dan seluruh warga jawatankuasa
PUSPANITA JANM

Program BLISS BLOW Eat Well, Live Well, Be Well

September 13, 2025 0 Comments

Tahniah kepda Biro Pendidikan dan Pembangunan Keluarga PUSPANITA Kementerian Kewangan kerana telah berjaya menganjurkan Program BLISS BLOW Eat Well, Live Well, Be Well pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 08 Julai 2025 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Dewan Bangsawan, Aras 2, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya, Selangor
Seramai 25 orang wakil PUSPANITA JANM telah menghadiri program tersebut.
Ehsan video daripada urusetia program.




PROGRAM LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN KLINIK GUAMAN SYARIE - 4 JULAI 2025

September 13, 2025 0 Comments

Wanita Tersakiti - Terus Tersembam Di Bumi Atau Terbang Tinggi. Anda Pilih!!

Seramai 20 orang wakil daripada PUSPANITA JANM telah menghadiri PROGRAM LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN KLINIK GUAMAN SYARIE PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN yang diadakan di Dewan Perdana Nur, Aras B1, Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita & Masyarakat pada 4 Julai 2025 yang lalu.
Program tersebut adalah kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dengan PUSPANITA Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarat (KPWKM).
PROGRAM LITERASI UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN KLINIK GUAMAN SYARIE
TARIKH : 4 JULAI 2025
HARI : JUMAAT
MASA: 9.30 PAGI - 12.30 TENGAHARI
TEMPAT : DEWAN PERDANA NUR, ARAS B1,
BANGUNAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA & MASYARAKAT
55, PERSIARAN PERDANA, PERSINT 4 PUTRAJAYA
TAJUK FORUM: 'WANITA TERSAKITI : TERSEMBAM BUMI ATAU TERBANG TINGGI? ANDA PILIH!
ANJURAN : PERSATUAN PEGUAM SYARIE MALAYSIA (PGSM) BERSAMA PUSPANITA KPWKM
SPEAKER 1: TUAN HAJI MOEIS BIN BASRI (TIMBALAN PRESIDEN PGSM)
SPEAKER 2: CHE MUNA BIN DIN / MONA DIN ( AKTIVIS)
MODERATOR : TUAN MOHD RIDHWAN B HUSIN (PEN. SETIAUSAHA PGSM)

Majlis Makan Malam PUSPANITA Tahun 2025

September 13, 2025 0 Comments

Sempena AGM PUSPANITA kali ke43, turut diadakan Majlis Makan Malam PUSPANITA Tahun 2025 di Grand Nexus Ballroom Connexion Conference & Event Centre (Nexus), Bangsar South, Kuala Lumpur pada 25 June 2025.

Bertemakan Pesona Puteri, Citra Tradisi, Majlis Makan Malam ini diadakan untuk meraikan ahli-ahli PUSPANITA dari seluruh negara
Tetamu kehormat pada majlis ini adalah YBhg. Puan Sri Maheran binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA. Majlis ini turut dihadiri oleh TYDP I, Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari, barisan Ahli Majlis Tertinggi PUSPANITA, Jawatakuasa Kerja Tertinggi PUSPANITA serta ahli-ahli PUSPANITA dari seluruh negara termasuk wakil dari PUSPANITA JANM.
PUSPANITA JANM menghantar wakil tunggal utk menyertai majlis makan malam kali ini..Puan Nor Akmalia selaku Biro Sosial memakai sepersalinan Puteri Tun Perak yg cantik utk digayakan pada malam tersebut.
Tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan bermacam persembahan yang menarik dan istimewa daripada kumpulan kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), kumpulan band daripada Jabatan Penjara, artis jemputan Haziq Rosebi serta finalis PUSPANITA Got Talent.
Tahniah kepada semua pemenang!

Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PUSPANITA Kali ke-43

September 13, 2025 0 Comments

Mesyuarat Agung Perwakilan (MAP) PUSPANITA Kali ke-43 telah diadakan pada 25 Jun 2025 di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya yang disempurnakan oleh YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, isteri YAB Perdana Menteri merangkap Penaung PUSPANITA.

Pengerusi dan Setiausaha PUSPANITA JANM turut hadir di bawah PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan.
Majlis berlangsung dengan meriah dan perwakilan turut mengambil kesempatan beramah mesra serta mengeratkan silaturahim.