Alhamdulillah
Selesai matlamat tugasan bagi tahun 2024 dengan penganjuran MAJLIS HITEA AJK PUSPANITA 2024 yang telah diadakan pada:
Tarikh: 10 Januari 2024
Majlis HITEA diadakan bagi merai & menghargai semua warga kerja PUSPANITA JANM 2024 yang telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai aktiviti & program PUSPANITA JANM.
Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Akauntan Negara (Operasi) Pn. Noorlida binti Mohd Khalid & Timbalan Akauntan Negara (Korporat) Pn. Zainani binti Jusoh Bersama-sama Pengerusi PUSPANITA JANM, Puan Hajah Siti Jawiah Bt Asri, Timbalan Pengerusi I, Puan Fatniza Bt Che Ani dan juga Timbalan Pengerusi II, Puan Wan Norzaliza Bt Wan Abdul Manaf.
Pelbagai pengisian dijalankan antaranya, penyampaian cenderahati & sijil kepada semua AJK, Hadiah kepada pemenang Pertandingan Jom Follow FB & IG Puspanita JANM anjuran Biro ICT, Media & Publisiti dan kahir sekali Hadiah pelbagai anugerah kepada AJK yang terpilih:
1) Anugerah AJK Terpaling Inspiratif
2) Anugerah AJK Terpaling Berinovasi
3) Anugerah Biro Terpaling Cemerlang
4) Anugerah Khas Pengerusi
5) Anugerah AJK Terpaling Aktif
6) Anugerah Penampilan Wow - Queen of Glittering Denim 2024
No comments:
Post a Comment