Follow Us @soratemplates

PuspanitaJANM. Powered by Blogger.

Wednesday, March 20, 2024

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024 PUSPANITA Jabatan Akauntan Negara Malaysia

 Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, Biro Sosial & Rekreaksi PUSPANITA Jabatan Akauntan Negara Malaysia mengambil inisiatif menghargai pengorbanan serta pencapaian hebat wanita JANM.

Penghargaan ini diterjemahkan dengan pemberian cenderahati (coklat) kepada semua wanita di Bahagian JANM.
Pemberian coklat ini telah diagihkan kepada pengurusan tertinggi YBrs. Puan Nor Yati binti Ahmad (Akauntan Negara Malaysia), YBrs. Puan Noorlida binti Mohd Khalid (Timbalan Akauntan Negara (Operasi) dan YBrs. Puan Zainani binti Jusoh (Timbalan Akauntan Negara (Korporat).
Cenderahati coklat diberikan kepada wakil² bahagian utk diagihkan kepada kakitangan wanita di JANM, pekerja wanita pembersihan, kakitangan wanita Affin Bank, pekerja wanita RELA, kakitangan wanita TASKA JANM & orang awam di sekitar Lobi JANM bermula jam 10.30 pagi sehingga 12.15 tengahari.
Buat semua wanita di luar sana.
Kau lah wanita terhebat!
Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2024!
“Wanita Dijulang, Negara Gemilang”

No comments:

Post a Comment