Follow Us @soratemplates

PuspanitaJANM. Powered by Blogger.

Thursday, June 5, 2025

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H/2025 DARIPADA PUSPANITA JANM

June 05, 2025 0 Comments

 assalamualaikum_1-removebg-preview.png

PUSPANITA JANM mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1446H


kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya
SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI
SEMOGA BERGEMBIRA BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

Eid Adha JANM.png

 

      ✨🌙  IKHLAS DARIPADA:

           𝓟𝓮𝓷𝓰𝓮𝓻𝓾𝓼𝓲 & 𝓼𝓮𝓶𝓾𝓪 𝓪𝓱𝓵𝓲 

𝓟𝓤𝓢𝓟𝓐𝓝𝓘𝓣𝓐 𝓙𝓐𝓝𝓜

Sunday, May 25, 2025

PROGRAM CABARAN BERPASUKAN: IN IT TO WIN IT! 17–18 Mei 2025

May 25, 2025 0 Comments

4 wakil PUSPANITA JANM telah menyertai cabaran PROGRAM CABARAN BERPASUKAN: IN IT TO WIN IT! yang diadakan di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation pada 17–18 Mei 2025.

Program anjuran Biro Sukan , PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan telah melibatkan 50 orang peserta daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Kewangan.
YBrs. Dr. Faritha binti Abdul Muthalib, Pengerusi PUSPANITA JPPH telah berbesar hati merasmikan program tersebut.
Tahniah wakil PUSPANITA JANM kerana berani menyahut cabaran kali ini!



Program Kampung Angkat & Santuni Madani 16- 17 Mei 2025

May 25, 2025 0 Comments

PUSPANITA JANM telah bersama-sama dalam Program Kampung Angkat & Santuni Madani yang diadakan di Kampung Minyak Beku, Batu Pahat, Johor pada 16- 17 Mei 2025.

Puan Pengerusi bersama Timbalan I & Timbalan II telah sudi turun padang memeriahkan acara bersama-sama pelajar Sekolah Kebangsaan Minyak Beku.
Puan ANM YBrs. Puan Nor Yati binti Ahmad, Akauntan Negara Malaysia (ANM) telah menyempurnakan Program Kampung Angkat & Santuni MADANI bersama penduduk Kampung Minyak Beku yang berlangsung meriah di Sekolah Kebangsaan Minyak Beku pada hari tersebut.

Selamat Hari Ibu 2025

May 25, 2025 0 Comments

Selamat Hari Ibu! Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dan kebahagiaan yang berpanjangan untukmu semua ibu, mama, umi di seluruh dunia.

Ikhlas Daripada :
Pengerusi & Seluruh warga kerja
PUSPANITA Jabatan Akauntan Negara Malaysia


Program Sesi Meet & Greet Pengerusi PUSPANITA JANM bersama warga JANM Negeri Sarawak

May 25, 2025 0 Comments

Bersempena dengan Mesyuarat MPKA JANM Bil.1/2025 di Kuching Sarawak, PUSPANITA JANM turut mengambil peluang menganjurkan Program Sesi Meet & Greet Pengerusi PUSPANITA JANM bersama warga JANM Negeri Sarawak pada 29 April 2025.

Sesi beramah mesra dan jalinan ukhwah ini turut dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan kepada warga JANM Sarawak yg terdiri daripada kategori ibu tunggal, mempunyai anak OKU dan B40 serta kemeriahan pengagihan roti Gardenia. Tidak dilupakan kempen pendaftaran ahli baharu juga turut dilakukan.
PUSPANITA JANM dipelawa untuk merasai pengalaman menyediakan kek lapis serta lawatan ke pusat kraftangan Sarawak yg begitu mengujakan .
Setinggi-tinggi penghargaan kepada JANM Negeri Sarawak @Jabatan Akauntan Negara JANM Negeri Sarawak dan semoga program ini dapat mengeratkan lagi ikatan mesra antara PUSPANITA JANM dengan ahli yg berada di JANM Negeri dan Cawangan ❤️