Follow Us @soratemplates

PuspanitaJANM. Powered by Blogger.

Sunday, March 30, 2025

SALAM AIDILFITRI 1446H | 2025

March 30, 2025 0 Comments
𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗝𝗔𝗡𝗠 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗰𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗔𝗟𝗗𝗜𝗟𝗙𝗜𝗧𝗥𝗜 𝟭𝟰𝟰6𝗛
𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗟𝗘𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗔𝗙𝗔𝗡

kepada yang balik kampung, berhati-hati di jalan raya
SEMOGA SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI
SEMOGA BERGEMBIRA BERSAMA KELUARGA TERCINTA.

 

      ✨🌙  𝓓𝓐𝓡𝓘𝓟𝓐𝓓𝓐 :

             𝓟𝓮𝓷𝓰𝓮𝓻𝓾𝓼𝓲

𝓭𝓪𝓷 𝓼𝓮𝓵𝓾𝓻𝓾𝓱 𝔀𝓪𝓻𝓰𝓪 𝓴𝓮𝓻𝓳𝓪 𝓟𝓤𝓢𝓟𝓐𝓝𝓘𝓣𝓐 𝓙𝓐𝓝𝓜



Thursday, March 20, 2025

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗗𝗔𝗥𝗨𝗦 & 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗔𝗟 𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗝𝗔𝗡𝗠 21.03.2025

March 20, 2025 0 Comments

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗗𝗔𝗥𝗨𝗦 & 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗔𝗟 𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (𝗝𝗔𝗡𝗠)

Tarikh: 21.03.2025

Tempat: Dewan Serbaguna Aras 7 JANM Putrajaya

Program telah dirasmikan oleh Penaung PUSPANITA MOF, YABHG. DATO' SERI DR. WAN AZIZAH BINTI DR. WAN ISMAIL sempena Majlis Tadarus Al-Quran PUSPANITA Cawangan Kementerian Kewangan (MOF)

Turut hadir adalah YBhg. Datin Seri Aidah binti Abu, isteri kepada Menteri Kewangan II, YBhg. Datin Ida Murni binti Muhammad, Pengerusi PUSPANITA MOF dan Timbalan Akauntan Negara (Korporat) JANM, YBrs. Puan Zainani binti Jusoh.
Program tadarus anjuran PUSPANITA JANM selaku Biro Agama PUSPANITA Kementerian Kewangan ini telah disertai oleh lebih 100 orang peserta dari MOF, JANM, JPPH, LHDN, Kastam, LPPSA, KSWP, BNM dan BSN.


Tuesday, March 18, 2025

Program Semarak Ramadan PUSPANITA 1446H

March 18, 2025 0 Comments

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Kebangsaan dengan kerjasama Biro Kerohanian dan Agama telah menganjurkan Program Semarak Ramadan 1446H sempena bulan Ramadan 1446H pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 19 Mac 2025 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI Putrajaya



Monday, March 17, 2025

Salam Nuzul al-Quran | 18 Mac 2025

March 17, 2025 0 Comments

Perkongsian Ramadan: “Adakah Al-Quran diturunkan pada malam Nuzul Al-Quran atau pada malam Lailatul Qadar?”.

Ringakasan jawapan:
Malam nuzul al-Quran dan malam lailatulqadar kedua-duanya adalah malam berlaku penurunan al-Quran mengikut peringkatnya tersendiri. Malam 17 Ramadan yang masyhur dengan malam nuzul al-Quran ialah malam permulaan turunnya al-Quran dari Baitul ‘izzah (langit dunia) kepada Rasulullah SAW secara berperingkat. Adapun penurunan al-Quran pada malam lailatulqadar adalah malam al-Quran diturunkan dari luh mahfuz ke Baitul ‘izzah secara serentak 30 juzuk


Friday, March 14, 2025

Lawatan Kebajikan PUSPANITA Cakna | 14 Mac 2025

March 14, 2025 0 Comments

Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta wakil Biro Keahlian & Kebajikan PUSPANITA JANM telah melakukan lawatan kebajikan PUSPANITA Cakna dan menyerahkan sumbangan ikhlas daripada warga JANM kepada Encik Ahmad Ibrahim bin Mohd Sharif - Pengawal Keselamatan JANM di kediaman beliau pada 14 Mac 2025 (Jumaat).

Dimaklumkan Encik Ahmad telah terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja (JANM) dan mengalami patah tulang kecil dan besar di bahagian kaki.
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan Encik Ahmad sekeluarga



Thursday, March 13, 2025

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗚𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟰2

March 13, 2025 0 Comments

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗚𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗦𝗣𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗖𝗔𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗪𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜 𝗞𝗘-𝟰2 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘆𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗮𝗱𝗮 14 Mac 2025 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁) 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶 𝗗𝗲𝘄𝗮𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮, 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗹𝗲𝗸𝘀 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 (𝗠𝗢𝗙) .

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi PUSPANITA Kementerian Kewangan, YBhg. Datin Ida Murni binti Muhammad dan seterusnya perasmian oleh YBhg. Datin Seri Aidah Binti Abu, isteri kepada YB Menteri Kewangan II.
Tahniah juga diucapkan kepada Puan Nor Azneyani Binti Zakaria yang telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PUSPANITA bagi tahun 2024.
PUSPANITA JANM juga telah mengambil peluang membuka reruai untuk memperkenalkan rekaan kerongsang khas untuk warga PUSPANITA, kerongsang ini boleh digayakan apabila hadir ke majlis PUSPANITA. Dapatkan kerongsang terhad ini dengan harga promosi dengan PUSPANITA JANM.

Wednesday, March 12, 2025

PROGRAM MAWADDAH RAHMAH RAMADAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA 2025

March 12, 2025 0 Comments

Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JHEAIN) bersama KO-AKAUN, ANGKASA, KESAN JANM, PUSPANITA JANM, PSA JANM, PERBAKTI JANM, PERPENA JANM, BERKAT JANM, ADABI DAN ANNS TRADE akan menganjurkan Program Mawaddah Rahmah Ramadan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Mac 2025 / 12 Ramadan 1446 H (Khamis)
Tempat : Jabatan Akauntan Negara Malaysia Putrajaya